|
Minggu Kerjaya Peringkat Sekolah 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 13 July 2010 05:12 |
|
Minggu Kerjaya Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan pada 5 Julai 2010 hingga 9 Julai 2010 selama 5 hari. Butiran keseluruhan program yang telah dijalankan adalah seperti berikut. MINGGU KERJAYA SMKASAS 2010 - Tarikh = 5 – 9 Julai 2010
- Tema = Pemantapan Ilmu Peneraju Revolusi Kerjaya Era Globalisasi
- Perasmian = Puan Bainah Binti Ab.Dollah (PK. Pentadbiran)
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
§ Penceramah / agensi jemputan - Kolej Matrikulasi Perak (5/7/2010) - Bengkel Penulisan Resume (6/7/2010) - Jabatan Tenaga Kerja (7/7/2010) - Universiti Teknologi Petronas (7/7/2010) - CIMB (8/7/2010) § Senarai pertandingan (semua dijalankan pada 9 Julai 2010) - Kembara Kerjaya - Menghasilkan Barangan Daripada Bahan Terbuang - Melukis Potret Tokoh / Pemimpin Negara - Melukis Poster Kerjaya - Deklamasi Sajak Kerjaya - Pameran Mini Kerjaya |
|
|
Program Hari Bersama Waris |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 13 July 2010 05:07 |
|
Program Hari Bersama Waris Peringkat SMKASAS telah diadakan pada Sabtu 26 Jun 2010. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Dewan AsSyafie SMKASAS. Pelajar bersama waris masing masing telah menandatangi kad prestasi akademik pelajar dan berbincang dengan guru tingkatan masing-masing bagi bersama-sama meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar masing-masing. |
|
Last Updated on Tuesday, 13 July 2010 05:12 |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 10 July 2010 07:24 |
|
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMKASAS telah diadakan pada hari Selasa 18 Mei 2010. Sambutan telah berlangsung dengan penuh meriah seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Besar As Syafie. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh pembacaan perutusan Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh wakil yang telah dilantik oleh sekolah. kemudian Tuan Pengetua, Ustaz Arip bin Saaya di dalam ucapannya telah menegaskan bahawa betapa bertuahnya menjadi seorang guru. Menurut beliau, segala apa profesion seseorang itu pastinya bermula daripada seorang guru. Bahkan kerjaya guru juga adalah antara kerjaya yang paling mulia kiranya ianya disandarkan dengan keikhlasan, amanah dan tanggungjawab mendidik pelajar dan akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak. Setelah selesai acara di dalam dewan, pertandingan bola jaring guru lelaki diadakan manakala guru perempuan terlibat dengan pertandingan memasak. Pertandingan bahas di antara pelajar dan guru pula berlangsung di di dalam dewan. Setelah selesai semua acara, upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah berlangsung dan persembahan multimedia oleh pelajar juga diadakan. Upacara penutup majlis tepat jam 1.30 petang dan semua guru dan pelajar menjamu selera di Dewan Makan Sekolah. Kami di pihak pentadbir Laman Web SMKASAS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. 'Guru Pembina Negara Bangsa' |
|
Last Updated on Saturday, 10 July 2010 07:50 |
|
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agung PIBG |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 10 July 2010 04:32 |
|
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi Kali Ke 24 beserta Mesyuarat Agung PIBG SMKSAS telah berlangsung pada hari Sabtu 3 April 2010. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Abdul Malek Bin Awang Kechil Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi. Di dalam ucapan perasmian, Yang Berbahagia Dr. Abdul Malek telah menekankan pentingnya ilmu kepada setiap orang. Ilmulah yang mebezakan di antara setiap orang. Beliau turut mengajak semua pelajar untuk bersyukur kerana telah terplilih untuk belajar di SMKASAS dan meminta agar para pelajar sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi ilmu masing-masing agar manjadi insan yang kami. Pada jam 11.00 pagi pula telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMKASAS. Di dalam majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu, penyandang jawatan Pengerusi PIBG Tuan Haji Ahmad Noruddin Bin Ramli sekali lagi mengekalkan jawatan beliau beserta dengan barisan jawatankuasa yang hampir sama dengan tahun sebelumnya. Ucapan syabas dan tahnian daripada pentadbir laman ini kerana hasil kerja kuat dan gigih beliau bersama barisan jawatankuasa telah membantu kecemerlangan SMKASAS di dalam pelbagai bidang. |
|
Last Updated on Saturday, 10 July 2010 05:02 |
|
Program Akur Janji Dan Seminar Keibubapaan Serta Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin Para Pelajar Tingkatan 3,5 dan 6 Atas |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 10 July 2010 03:59 |
|
Program Akur Janji Dan Seminar Keibubapaan Serta Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin Pelajar Tingkatan 3,5 dan 6 Atas telah diadakan pada Sabtu bertarikh 6 Mac 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Besar As Syafie SMKA Sultan Azlan Shah. Program Akur Janji ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk membantu para pelajar memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang bakal ditempuhi. Pelaksanaan program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada guru-guru, para pelajar serta ibu bapa untuk berbincang tentang perkembangan akademik pelajar. Program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kesedaran, semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan awam yang bakal ditempuhi nanti. Program Akur Janji Dan Seminar Keibubapaan Serta Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin ini telah dimulakan dengan Majlis Menandatangani Borang Akur Janji para pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Seterusnya, acara ceramah Keibubapaan oleh Al Fadhil Ustaz Harith Fadzilah Bin Hj Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabtan Agama Islam Perak Setelah rehat tengah hari, Solat Zohor dan Solat Hajat ditunaikan, Majis Bacaan Yaasin oleh guru, ibu bapa dan pelajar yang terlibat telah berlangsung di Surau Al Tarbiah SMKASAS dan selesai pada jam 3.00 petang. Rata-rata ibu bapa yang ditemui merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menjadikan program ini sebagai acara tahunan yang mana ianya penting di dalam memberikan kesedaran awal kepada para pelajar khususnya dan pihak lain yang terlibat seperti ibu bapa dan guru-guru amnya. Semoga program ini memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar. Tahniah dan Selamat Berjuang! |
|
Last Updated on Saturday, 10 July 2010 04:27 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>
|
|
Page 1 of 5 |